Nama : Muhammad Yunusasri Bin Morshidi
No Matrik : 269176
Pengajian : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam
Pusat Pengajian : UUM Pace, Sibu

 My Life Vlog

 “Manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah mereka yang tidak melihat kedudukan dirinya dan manusia yang paling banyak memiliki kelebihan adalah mereka yang tidak melihat kelebihan dirinya.” 
– Imam Syafi’e.

Apa Itu Corona Virus 19 ?




Kenapa Perlu Update Perisian Antivirus.

Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan lazim yang sering diajukan berkaitan dengan antivirus. Diharap penerangan saya ini dapat memudahkan kefahaman semua. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen ^^
Apakah itu update?
Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.
Antivirus [masukkan nama antivirus di sini] kena update tak?
Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.
Kenapa perlu update antivirus?
Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.
Perlukah saya update antivirus setiap hari?
Tidak semestinya. Bagi sesetengah orang, untuk update antivirus setiap hari adalah melecehkan, lebih-lebih lagi jika komputer anda tidak mempunyai sambungan Internet. Cadangan saya, update antivirus anda sekurang-kurangya sebulan sekali.
Kalau antivirus saya out-of-date, dah tak boleh guna dah ke?
Antivirus anda masih boleh digunakan walaupun ianya out-of-date. Cuma ia tidak akan dapat mengesan sekiranya terdapat virus-virus baru, itu sahaja.
Bagaimana nak update antivirus?
Jika komputer anda mempunyai sambungan Internet, proses update akan dilakukan secara automatik. Jika tidak, anda boleh download update bagi antivirus di cyber cafe, kemudian letakkan pada komputer anda secara manual. Ikuti langkah-langkah ini untuk update antivirus secara manual bagi AviraAVGFree, dan Avast .

10 Strategi Untuk Anda Meningkatkan Lagi Pemasaran Online.

Jika anda ingin meningkatkan jualan produk anda,saya ada 10 strategi baru untuk  anda untuk meningkatkan lagi produk jualan anda.

1. Mulakan dengan membangunkan blog/web dengan design yang menarik.INGAT!! Pastikan web/blog yang direka sesuai dengan produk jualan anda.

2. Sentiasa mengekalkan rangking anda dalam mendapatkan kedudukan di atas dalam mesin carian utama.

3. Pelajari untuk menggunakan Email Marketing berkesan.

4. Mendominasi niche pemasaran anda dengan sekutu, reseller, dan program persatuan.

5.Sentiasa mendapatkan pandangan dan besedia mendengar kritikan dari pakar-pakar internet berkenaan dengan produk jualan ataupun lama web/blog yang anda bangunkan.

6. Menyediakan senara opt-responsif  dan juga opt-list dalam e-mel.

7. Menerbitkan artikel.

8. Menulis dan menerbitkan sesuatu artikel ataupun bedasarkan fakta.

9. Menyediakan laporan percuma ataupun menyediakan hadian melalui laman web/blog anda kepada prospek anda.


10. Sentiasa berkomunikasi dengan penunjung laman web/blog anda untuk mendapatkan pandangan.

Jom Sambung Belajar PJJ-UUM PACE


Miliki Ijazah Sarjana Muda di Pusat Pengajian UUM !!

🎓 PERMOHONAN KEMASUKAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 
📣 Kemasukan Semester Oktober 2019/2020

Program yang ditawarkan :

🔸 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA (Hons)]
🔸 Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm (Hons)]
🔸 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM (Hons)]
🔸 Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB (Hons)]

📣 14 Pusat Pengajian di Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak :

 Kampus Induk UUM
 PJJ Kota Bharu
 PJJ Johor Bahru
 PJJ Langkawi
 PJJ Ipoh
 PJJ Kuala Lumpur
 Yayasan Bank Rakyat
 Mara
 PJJ Kuantan
 PJJ Melaka
 PJJ Kota Kinabalu
 PJJ Kuching
 PJJ Sibu
 PJJ Miri

📣Keistimewaan PJJ UUM :

🔹Memberi peluang kepada semua mengikuti Pengajian peringkat ijazah sambil bekerja
🔹Kuliah diadakan 4 kali sahaja dalam satu semester dikendalikan oleh pensyarah IPTA berpengalaman pada hujung minggu.
🔹Syarat kemasukan yang fleksibel dan mengambil kira pengalaman kerja
🔹 Kemudahan tajaan dan pembiayaan kewangan seperti PTPTN, JPA, KWSP.
🔹 Modul dalam Bahasa Malaysia disediakan bagi semua kursus
🔹Semua program diiktiraf oleh MQA dan telah mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara .
🔹Pusat pembelajaran di seluruh negara.
🔹 Jadual kelas dan peperiksaan yg fleksibel sekiranya ada arahan bertugas oleh jabatan

 MOHON SEKARANG
🔖 Isi borang permohonan secara atas talian, klik url di bawah :
atau
🔖 Muat turun borang permohonan
http://www.pace.uum.edu.my/…/mo…/borang-permohonan-kemasukan
📮Maklumat lanjut📮
sila layari www.pace.uum.edu.my atau hubungi PACE di
https://www.wasap.my/60195906855

Resepi Kek Batik.




Tak tau nak buat apa-apa bila dah ada kelapangan masa. Jomm kita cuba buat Kek Batik.

Kek batik adalah dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun. Ada 2 jenis resipi kek batik iaitu menggunakan telur atau tanpa telur. Kalau resipi yang banyak telur, salutan kek batik agak kenyal dan tidak melekat. Jika tanpa telur pula, salutan coklat akan sedikit melekat perlu direhatkan semalaman di dalam peti ais sehingga set atau beku kemudian baru dipotong kepada kiub kecil dengan cantik dan kemas untuk dihidangkan. Boleh tabur chocolate rice atau kekacang yang anda suka di bahagian lapisan paling atas sebelum disejukkan semalaman untuk lebih kelihatan cantik dan menarik. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan:

  • 1 pek biskut Marie
  • 250g mentega/butter
  • 200g serbuk Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko, ayak
  • 3/4 tin susu pekat

Cara Penyediaan:

  1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8".
  2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
  3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
  4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
  5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
  6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Tips:

  • Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Che Nom gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

Pentingnya Beriadah.

Beriadah yang dilakukan secara berkala adalah baik dan dapat menyihatkan badan. Kementerian Kesihatan juga turut mengadakan kempen gaya hidup sihat yang turut menekankan kepentingan aktiviti riadah. Joging contohnya, dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan seseorang. Selain itu, ia juga mempercepatkan proses metabolisme dan dapat mengurangkan berat badan. Jadi, penyakit seperti darah tinggi dan lemah jantung dapat dielakkan.

Aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah dan mendaki bukit, jika dilakukan bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Nilai-nilai murni dapat dipupuk di kalangan anggota keluarga. Semangat tolong-menolong dan kerjasama akan menambah keseronokan sesebuah keluarga ketika beriadah. Seterusnya, ia akan melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.

Akhir sekali, dengan menyertai aktiviti riadah kita juga dapat menambahkan kenalan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Secara tidak langsung, aktiviti riadah juga mengeratkan hubungan antara kaum. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, perpaduan kaum amat penting. Dengan wujudnya perpaduan kaum yang erat, negara akan aman dan rakyat dapat hidup dengan baik.



Ketahui Kebaikan Madu Asli.




Khasiat Madu untuk kesihatan

10 Khasiat Madu Lebah Asli Yang Menakjubkan

1. Meningkatkan Daya Ingatan
Madu mengandungi kadar antioksida yang tinggi yang mana boleh mengurangkan kerosakan sel di dalam otak. Satu kajuan yang dijalankan pada tahun 2011 membuktikan bahawa satu sudu madu boleh meningkatkan daya ingatan bagi perempuan yang putus haid. Kajian ini memberikan satu petunjuk kepada rawatan alternatif bagi orang yang lemah daya ingatan.
Setelah 4 bulan pengambilan madu sebanyak 20 gram setiap hari, prestasi daya ingatan wanita lebih baik berbanding dengan wanita yang mengambil pil hormon.
Madu boleh meningkatkan kebolehan badan dalam menyerap kalsuim, secara tidak langsung membantu kesihatan otak. Otak memerlukan kalsium dalam proses berfikir dan membuat keputusan.
2. Membekal Pelbagai Nutrisi
Madu boleh menjadi sumber nutrisi harian yang sempurna. Satu sudu teh madu mengandungi 17 gram karbohidrat.
Madu mengandungi fruktosa dan glukosa, iaitu sejenis gula yang boleh diserap masuk di dalam badan secara terus tanpa perlu diproses. Hal ini secara tidak langsung boleh membekalkan tenaga dengan cepat. Peningkatan kadar gula dalam darah boleh memberikan tenaga kepada badan, sangat sesuai untuk tugas-tugas berat ataupun besukan.
Ahli sukan pada zaman dahulu dipercayai mengambil madu dan buah ara untuk meningkatkan prestasi mereka.
3. Menghilangkan Batuk
Pengambilan madu semasa batuk sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Terbukti ianya berkesan.
Cara-cara pengambilannya sangat mudah, anda hanya perlu mengambil dua sudu teh madu setiap hari, kekerapannya bergantung kepada tahap batuk anda.
Dalam satu kajian yang dibuat pada thun 2012 oleh Jurnal Pediatrics keatas kanak-kanak berumur 1 dan 5 tahun, membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengambil madu sebelum tidur lebih cepat untuk sembuh dari penyakit batuk.
Kenapa dan bagaimana madu boleh merawat batuk?
Madu yang pekat boleh membantu melindungi saluran tekak, manakala rasanya yang manis dipercayaii boleh mengurangkan rasa ingin batuk. Selain batuk, madu juga berpotensi merawat penyakit berkaitan dengan tekak yang lain.
4. Membantu Anda Untuk Tidur
Madu boleh membantu anda untuk tidur. Seperti gula, madu boleh meningkatkan kadar insulin dan mengeluarkan serotonin. (satu jenis neurotransmitter yang boleh memperbaiki mood dan perasaan seseorang).
Badan akan menukarkan serotonin tersebut kepada melatonin, sejenis bahan kimia yang boleh menggalakkan kualiti tidur seseorang.
5. Menghilangkan Kelemumur
Satu kajian pada tahun 2001 yang diterbitkan dalam Jurnal Medical Researh mendapati bahawa madu boleh menghilangkan masalah kelemumur.
Cara-caranya ialah :
  1. Sapu madu lebah yang cair pada permukaan kulit kepala.
  2. Biarkan selama 3 jam.
  3. Bilas dengan air bersih.
  4. Amalkan setiap hari, anda akan mendapat kesan dalam masa seminggu.
Pada masa yang sama anda akan dapati bahawa rambut anda akan semakin sihat, kerana punca kepada masalah kepala anda sudah hilang.

Madu mengandungi sifat antibakteria dan antifungal, ia boleh merawat seborrheic dermatitis dan kelemumur, yang sering kali dikaitkan dengan pertumbuhan fungus.
6. Khasiat Madu Lebah Merawat Luka Dan Kesan Terbakar
Selain memberikan kebaikan pada bahagian dalaman badan, madu juga boleh memberikan kebaikkan pada bahagian luaran badan manusia.
Madu boleh digunakan untuk merawat luka-luka dan kesan terbakar dengan membunuh bakteria seperti methicillin. Satu kajian pad atahun 2005 yang diterbitkan oleh British Jounal of Surgey mendapati bahawa luka dan ulser lebih cepat sembuh dengan menyapu madu pada permukaan luka itu.
Selain itu, madu juga boleh mengelakkan daripada berlakukan masalah gangguan gastrousus dalam badan.
Perkara ini sudah diamalkan oleh orang dahulu lagi (2,000 tahun dahulu) untuk merawat luka-luka dan beberapa masalah kulit yang lain.
7. Mencegah Kanser Dan Masalah Jantung
Madu mengandungi flavonoids, iaitu sejenis antioksida yang boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser dan masalah jantung. Kanser berlaku atas banyak sebab, salah satunya adalah kerana kandungan radikal bebas yang banyak di dalam badan.
Salah satu cara untuk melawan radikal bebeas adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi.
8. Khasiat Madu Lebah Mengawal Kadar Gula Dalam Darah
Walaupun madu mengandungi gula, ia bukanlah sama seperti gula biasa ataupun pemanis yang sering anda guna. Ia merupakan gabungan glukosa dan fruktosa yang mana boleh mengawal kadar gula dalam darah anda.
Oleh kerana ini, madu sesuai untuk diambil walaupun orang tersebut penghidap kencing manis (diabetes) dalam pengambilan yang terkawa.
9. Probiotik
Sesetengah madu mengandungi bakteria baik dengan kadar yang banyak. Ini termasuklah 6 jenis lactobacilli dan 4 jenis bifidobacteria. Probiotik dan Prebiotik merupakan bahan yang boleh membantu sistem penghadaman dengan membekalkan bakteria baik semasa pencernaan.
Oleh itu, anda dicadangkan untuk mengambil madu sebelum ataupun selepas mengambil makanan berat untuk mengelakkan proses pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam badan.
10. Khasiat Madu Lebah Untuk Kulit Yang Lebih Sihat
Madu mengandungi antibakteria yang banyak, dan boleh membantu mencantikkan kulit muka (jika digunakan bersama-sama yang lain). Oleh kerana itu, sudah banyak produk-produk kecantikan sekarang mengambil khasiat di dalam madu untuk dijadikan salah satu bahan aktif dalam produk mereka.
Dan hasilnya sangat memberansangkan kepada pengguna, jika anda ingin berjimat, tidak mahu membeli produk kecantikkan yang mahal. Anda boleh jadikan madu sebagai mask muka. Caranya amatlah mudah, anda hanya perlu menyapu madu dipermukaan muka dan biarkannya untuk seketika. Kemudian bilas dengan air yang bersih.
Anda akan merasakan kulit anda semakin licin dan bersih. Selain itu, kaedah ini sesuai digunakan bagi orang yang mengalami masalah jerawat.




Insomnia.

Epidemiologi
Masalah insomnia adalah biasa dikalangan warga emas. Kekerapan insomnia adalah 40-50% daripada warga emas berumur 60 ke atas dan lebih pada golongan wanita berbanding lelaki.
Definasi Insomnia

Insomnia adalah perasaan subjektif di mana seseorang itu merasakan  bahawa beliau kekurangan tidur atau rasa tidak puas walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya.
Masalah tidur di kalangan warga emas adalah disebabkan perubahan aras hormon badan dan perubahan kitaran tidur. Buat masa ini tiada standard yang menyatakan bahawa jumlah jam tidur yang dianggap mencukupi bagi warga emas. Masalah tidur adalah berasaskan kepada keluhan seseorang itu mengenai ketidakcukupan tidur atau terdapat mengganggu kepada fungsi harian mereka.
Tanda tidur yang mencukupi adalah apabila seseorang itu bangun dari tidur dengan merasa bertenaga dan puas.
Fisiologi tidur berubah dengan peningkatan umur. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur
yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah jumlah jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu dapat merehatkan diri dari segi fizikal dan minda.

Pengkelasan Insomnia
  1. Insomnia Sementara- Berlangsung unutk beberapa hari
Insomnia sementara berlaku sekiranya terdapat perubahan jangka pendek kepada keadaan persekitaran dan/atau emosi seperti melancong, kemasukan ke hospital atau kegairahan. Biasanya, gelaja masalah tidur ini akan hilang selepas beberapa hari dan tidak sepatutnya menyebabkan masalah tidur yang serius.
  1. Insomnia Jangka Pendek- Berlangsung daripada beberap hari sehingga 3 minggu
Insomnia jangka pendek biasanya menyusuli kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan seseorang seperti kematian ahli keluarga/saudara yang dekat, dibuang kerja atau penceraian. Gejala masalah tidur mungkin akan berlanjutan lebih daripada beberapa hari, tetapi tidak sepatutnya berlanjutan lebih daripada 3 minggu.
  1. Insomnia Kronik- Berlangsung daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun
Insomnia kronik berlaku sekiranya insomnia jangka pendek tidak ditangani dengan baik.
Insomnia kronik mungkin akan berlanjutan daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Gelaja masalah tidur mungkin akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh keresahan, pengambilan ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol/ dadah dan masalah perubatan lain.
Adalah amat penting untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang sekiranya masalah  gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Hasil carian imej untuk insomnia

APAKAH KESIHATAN MENTAL ?

APAKAH KESIHATAN MENTAL ?

Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.

KESIHATAN MENTAL JUGA MERUJUK KEPADA : 

• Cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak.
• Cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya.
• Cara kita berinteraksi dengan orang lain.

MASALAH KESIHATAN MENTAL : 

• Kemurungan.
• Kecelaruan kebimbangan umum.
• Kecelaruan panik.
• Kecelaruan obsesif kompulsif.
• Kecelaruan stres selepas trauma.
• Gangguan tidur.
Hasil carian imej untuk STRESS