SENAMAN KARDIOVASKULAR.

Kebanyakan orang suka melakukan senaman kardio untuk kekal sihat serta menunjuk-nunjuk otot besar mereka terutamanya selepas mengangkat berat yang kononnya sudah menjadi rutin harian. Tidak salah sekiranya anda juga seperti individu-individu tersebut.
Namun, apabila ia menjerumus kepada jenis kardio mana yang terbaik untuk membakar lemak, anda harus melakukan pilihan yang bersesuian mengikut bentuk badan apa yang anda inginkan. Sekiranya anda berlatih seperti seorang pelari jarak jauh, anda akan mendapatkan bentuk badan seperti mereka; dengan otot yang sedikit, badan yang sangat kurus hasil larian jarak jauh dalam tahap yang perlahan. Jika anda berlatih sebagai seorang pelari pecut pula, iaitu senaman jangka masa yang pendek dan kuat, maka anda dapat menghasilkan bentuk badan seperti mereka dengan perkembangan otot-otot serta kehilangan lemak.
Berikut merupakan sesuatu yang boleh dipersetujui ramai di mana latihan yang ‘intense’ perlu diutamakan. Semakin kuat latihan dibuat, semakin banyaklah kalori yang dapat dibakar. Oleh itu, senaman yang lagi ‘intense’ adalah pilihan yang baik bagi individu yang ingin menjadi lebih berotot atau yang ingin mengekalkannya.
Berikut merupakan 10 jenis kardio yang diluluskan oleh pakar dan mampu membantu anda untuk menurunkan berat badan serta menghasilkan bentuk badan yang diingini dengan lebih cepat:

1 comment: